Zai teringat pada awal tahun 2022 bulan 2.. company zai di uji oleh ALLAH loan dr bank sepatutnya kami dapat utk rolling projek di reject disebabkan masalah dokumen yg tidak lengkap. Masa tu awal bulan 2.. kami dh nmpk mmg sanggap bulan tu kami x mampu utk bayar gaji, komitment lain banyak jugak utk opex company dan projek yg baru dapat.. ALLAH jer tau badai perasaan hati zai dan boss zai yg penuh kerisauan x mampu nk byr hutang dengan supplier.. vendor dan gaji staff.
ALLAHU .. zai mmg sll talk to ALLAH mcm yg zai belajar dr beberapa org guru… mintak ALLAH permudahkan untuk kami.. bantu kami utk selesaikan masalah kami.. walaupan di dasar lubuk hati zai yg paling dalam mmg Yakin ALLAH akan bantu zai dan boss zai.
Takdirnya masa tuu rumah zai jd host untuk program Asmaulhusna nama nama ALLAH utk anak2 adik beradik gema yg di ketuai oleh Ibu Yati. Masya ALLAH kalau seorang guru tuu mmg menjadi guru walaupun dimana2. ALLAH takdirkan ibu yati menjadi guru zai masa tuu. Waktu berbual2 menyantuni ibu yati… Ibu yati nasihatkan zai pergi bermusafir ke mana mane. Berdoa lah sebanyak2nya mintak dengan ALLAH utk ALLAH bantu zai dan boss zai..
Abis je program.. zai pon bermusafir.. balik melaka.. bawak mak balik melaka… lps tuu zai meneruskan perjalanan bermusafir lg. Sambil2 bawak kereta zai berzikir nama2 ALLAH.. talk to ALLAH.. mendoakan org2 yg zai jumpe sepanjang perjalanan pergi dan balik permusafiran zai. Dengan boss2 zai jugak zai suruh dia bermusafir..🤣🤣
Abis bermusafir.. zai masuk keja mcm biasa.. usaha dan tawakkal masih lagi berterusan hingga bantuan ALLAH hadir tanpa di sangka selepas minggu kedua zai balik dr bermusafir. Dipendekkan cerita.. ALLAH hntr seseorg bantu kami.. 🤲🤲🤲
Sahabat.. baru zai tahu waktu tu diantara doa2 yg dimakbulkan oleh ALLAH adalah doa org yg sedang bermusafir. Waktu ibu yati suruh zai bermusafir.. zai x tanye kenapa & mengapa.. tapi zai terus je buat.. Terima kasih Ibu Yati untuk ilmu yg sangat bermanafaat ini.. Semoga ALLAH merahmatimu dan mengangkat darjatmu disisiNYA.. Aamin