Report Card

Home » Report Card

MasyaAllah Tabarallah.. Alhamdullilah.. thumma Alhamdullilah.. minggu lps.. sabtu, amik report card anak2 zai utk mid term tahun 2023. Banyak sangat improvement result utk Adik dan Kakak. Zai sgt2 berterima kasih kat ibu yati yg mengajar zai dan adik beradik gema nama2 ALLAH. Bagaimana utk kita istiqamah dan setiap nama ALLAH ape kekuatan yg ada pada setiap nama2 ALLAH. Zai rasa 2 ke 3 tahun yg lps masa kat kelompang dan beberapa kelas online yg ibu ajar. Byk sgt keajaiban yg ALLAH tunjukkan melalui result peperiksaan anak2 zai dan cara excited diaorg bercerita terutamanya adik masa tgh menjawab periksaan.. Kakak Hana keadaan emosi dia semakin stabil sejak naik darjah 5 nie.. Dia xde dah sebut psl papa dia.. Zai harap bila dia dh x sebut dan bertanya pasal papa dia.. jiwa dan emosi dia dh tenang dan mungkin dia dh redha dengan ape yg takdir ALLAH lukiskan utk dia.
Zai share balik yer utk reference sahabat2 semua utk kita amalkan 🤲. Boleh je guna nama ALLAH yg lain utk perkara2 yg lain, kita usaha ye.

Sebagai seorang ibu, zai percaya doa2 kita tanpa hijab.. ALLAH akan makbulkan .. sebab kita ada ALLAH Ya Mujib .. ALLAH yg memakbulkan segala doa.

Bila masanya ALLAH makbulkan, biarlah ALLAH yg tentukan yg terbaik utk kita dan anak2 kita. Kita janganlah berhenti berdoa kepadaNYA setiap hari.. ataupon kita hanya berdoa bila kita rasa kita memerlukanNYA.

Untuk anak2 setiap hari zai belajar drpd ustazah Asma adalah meletakkan tapak tangan kita di atas ubun2 anak2 kita smbl membaca surah Ar Rahman ayat 1 – 4. Selepas tu kita doalah dlm hati semoga ALLAH permudahkan anak2 kita menerima, faham dan mudah utk mengamalkan ilmu2 Al Bayan. Lps tu kita smbg baca Al Insyirah, abis je surah Al Insyirah.. kita tutup dengan La Hawla Wa La Quwwata Illa Billahil Aliyil adzim dan hembus kan kat ubun2 anak2 kita. Zai lakukan ni setiap pagi sebelum anak2 zai g sekolah.

Setiap hari juga zai akan berdoa lps smyg.. atau bila2 teringat kat anak2 waktu kerja zai akan berdoa & talk to ALLAH.. lbh kurang mcm nie.

“Ya ALLAH Ya Rashid, wahai tuhan yg bijaksana.. Ya ALLAH Alhamdullilah terima kasih ALLAH kerana telah jadikan anak2 hamba anak2 yg bijak.. yg pandai.. dan mudah ingat dan faham ape yg cikgu2 mereka ajar pada mereka. Ya ALLAH Ya Nur.. Terima Kasih ALLAH kerana ALLAH telah masukkan cahaya ilmuMu dalam fikiran anak2 hamba..Ya ALLAH yg Zahir.. Ya Hadi.. terima Kasih Ya ALLAH kerana ALLAH telah zahirkan.. telah tunjukkan jawapan yg betul kepada anak2 hamba semasa mereka menjawab dalam peperiksaan.. Ya ALLAH Barriq .. terima kasih ALLAH kerana ALLAH telah aturkan jari jemari anak2 hamba utk menjawab jawapan yg betul dlm peperiksaan… Alhamdullilah thumma Alhamdullilah terima kasih ALLAH Ya Rabb kerana ALLAH telah luluskan anak2 hamba dengan cemerlang dalam setiap peperiksaan mereka… 🤲
👆 yg ni zai buat hampir setiap hari tau bukan dalam musim peperiksaan je.. ingat kita nie ada ALLAH setiap masa bukan masa musim2 anak2 kita nk exam ajerr.. 💙

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top